Waqaf An-Nur Corporation Berhad (529976-D)
Level 10, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Center
80000 Johor Bahru, Johor | No. Telefon : 019-7522691
Laman Web Rasmi : www.wancorp.com.my

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN - i

Syarat-syarat Pembiayaan i
1. Kelayakan Permohonan :-
  a) Perniagaan berbentuk pemilikan tunggal / rakan kongsi yang ditubuhkan dan berdaftar di Malaysia;
  b) Telah menjalankan perniagaan lebih dari satu (1) tahun;
  c) Pemilik perniagaan:-
   i. Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun;
   ii. Islam, berakal / waras dan sihat tubuh badan;
   iii. Tidak bankrup (melalui rekod CCRIS) atau terdapat petisyen untuk membankrapkan pemohon.
  d) Tujuan permohonan pembiayaan adalah untuk perniagaan;
  e) Menjalankan perniagaan yang halal dan sah di segi undang-undang dan syariah.
2. Syarat-syarat permohonan :-
  a) Pemohon perlu mempunyai dua (2) orang penjamin yang berumur 18 tahun keatas, tidak muflis, Islam, warganegara Malaysia dan sihat tubuh badan ATAU membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima (5) orang peminjam Dana Niaga yang tidak mempunyai kaitan keluarga.
  b) Pemohon bersetuju untuk membuat pembayaran pembiayaan mengikut waktu yang ditetapkan. Denda (ta’widh) akan dikenakan kepada peminjam jika lewat membayar.
  c) Pemohon hendaklah menandatangani borang lafaz aqad pembiayaan
  d) Pemohon bersetuju dengan caj (ujrah) yang ditolak terus dari jumlah pinjaman dan juga caj bulanan bagi menampung perbelanjaan kos pemantauan seperti kos peringatan.
  e) Pemohon perlu mengikuti kursus yang dikelolakan oleh Wancorp dan menyediakan rekod aliran tunai.
Panduan permohonan
1. Fasa Pertama
  a) Sila lengkapkan borang ini (manual atau atas talian) dengan maklumat-maklumat yang berkenaan.
  b) Hantar borang yang telah lengkap secara atas talian atau fizikal di pejabat Waqaf An-Nur.
  Hanya Pemohon yang layak akan dihubungi bagi mendapatkan maklumat selanjutnya dalam Fasa Kedua.
2. Fasa Kedua
  Pemohon yang layak dikehendaki untuk menyediakan dokumen yang berikut :-
  a) a) Dua (2) keping gambar ukuran passport;
  b) b) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang);
  c) c) Satu (1) salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah;
  d) d) Satu (1) salinan pengesahan lesen menjaja atas nama pemohon daripada Pihak Berkuasa Tempatan, ATAU salinan lesen daripada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran, suntikan kesihatan TY2 dan pengesahan bagi peniaga yang mempunyai premis;
  e) e) Satu (1) salinan penyata akaun bank tiga (3) bulan yang terkini dan disahkan oleh pihak bank;
  f) f) Satu (1) salinan penyata bayaran pinjaman daripada pihak bank (jika ada);
  g) g) Satu (1) salinan laporan CCRIS pemohon;
  h) h) Satu (1) salinan sertakan penyata bayaran pinjaman lima (5) bulan terakhir (jika ada);
  1) i) Satu (1) salinan dokumen kepunyaan penjamin seperti yang berikut :-
   i. Satu (1) salinan Kad Pengenalan penjamin (depan dan belakang);
   ii. Satu (1) salinan laporan CCRIS penjamin;
   iii. Satu (1) salinan slip gaji tiga (3) bulan ATAU borang pengakuan pendapatan;
   iv. Satu (1) salinan bil air ATAU bil elektrik.

MAKLUMAT PEMOHON

*NO K.P : Baru : - -   Lama :